SATU SUDU TEH SELEPAS MAKAN ini adalah kisah doktor (dan bakal doktor) betul-betul! Doktor yang kita selalu jumpa dan tanya kita, “Apa sakit?” tu! Ha ha.
Ini kisah mereka. Kisah mereka dengan pesakit yang datang menerima rawatan di rumah sakit – diceritakan dalam bentuk ‘runcit-runcit’ dan sangat ‘lepak’. Bak kata bidalan: lain padang lain belalang, lain hospital lain pula doktor-doktornya.
Kadang-kadang doktor buat ‘jokes’ juga tau. Kelakar!
Jadi, beli dan baca buku ini! Mungkin kita akan belajar sesuatu daripadanya. Mungkin juga, jika ada rezeki, kamu akan terserempak dengan penulis-penulis ini di klinik atau di bilik bedah- jangan lupa untuk hulurkan buku ini dan minta autograf mereka ya! “Kami bedah pakcik dulu ye… dah sedar kang, saya sign!””
Reviews
There are no reviews yet.